tangga bahagia



happy krn dua buku antologiku ini,
aku share tulisan ttg tangga bahagia ini ya...:))



Tangga Bahagia

Pendapat-pendapat Bertrand Russel, Amin Al-Raihany dan Al-Anisah Mai tentang ‘Bahagia’.

Sebelum kita munci pasal kebahagiaan dan sebelum kita tutup dengan menerangkan sebab orang jadi celaka, lebih dahulu kita salinkan beberapa pandangan dari ahli fikir yang besar-besar di Barat dan Timur.

Pertama Bertrand Russel, filosof yang masyhur di Inggeris itu. Kita bandingkan falsafah perjuangannya dengan keterangan Imam Ibnu Qayyim.

Kedua Amin Al Raihany, sorang filosof Arab yang beragama Nasrani, seorang pujangga perempuan Anisah Mai, yang juga beragama nasrani. Kita dahulukan menyalin kerangan-karangan pendapat mereka, supaya kaum Muslimin memperluas dadanya mencari hikmat, akan kita tutup dengan pendapat Sheikh Yusuf Dajwi tentang sebab-sebab celaka.

A. Bertrand Russel

Filosof Bertrand Russel dalam bukunya “Kemenangan Manusia Lantaran Bahagia”, telah menulis perasaan, dan yang kedua tempat timbulnya ialah fikiran. Bahagia manusia pada yang pertama sama darjatnya, tetapi dalam bahagian kedua (fikiran), tidaklah merasainya melainkan dalam kalangan ahli-ahli ilmu.

Rasa bahagia timbul menurut darjat panas dinginnya perasaan hati (syu’ur) dan menurut ukuran kemahuan bekerja. Seorang biadab di Australia yang memburu kanggaru, merasa amat beruntung bila buruannya dapat ditangkapnya. Seorang pemeriksa kuman-kuman penyakit (bakteriologi) yang berkerja memisahkan kuman-kuman dalam laboratorium, merasa beruntung bila dapat mengetahui apa nama kuman yang sedang diselidikinya. Sama perasaannya dengan pemburu kanggaru di Australia itu.

Menghadapi pekerjaan sehari-hari pun bermacam-macam pula, corak manusia. Ada orang yang menghadapi pekerjaan diserang oleh ‘ghurur’ (kesombongan), tidak menghargai jasa dan usaha orang lain, merasa dia saja yang berhak mengerjakannya pada fikirnya, takabur (merasa diri besar) bahawa orang lain kalau tidak sedalam pengetahuannya tidak boleh masuk ke medan yang telah dimanukinya itu. Tetapi dibalik itu ada pula orang yang menghadapi pekerjaannya dengan tawadhuk, insaf akan kekurangan dirinya, dan insaf bahawa pengalaman dan perjalanan hidup itu adalah sekolah yang setinggi-tingginya, yang tidak tamat, sebelum mati.

Maka orang yang menghadap pekerjaan dengan kesombongan (ghurur) dan ketakburan itu, selamanya tidak akan mengecap rasa bahagia, meskipun waktu dia mendapa kemenangan (sukses) sekalipun. Kerana kesombongan itu selalu menghambat dan menyebabkan rasa kurang terima, sebab selalu merasa dirinya lebih dari kedudukannya yang sebenarnya. Oleh kerana yang demikian maka suksesnya yang besar, selalu kecil dalam hatinya, padahal dia seorang yang lebih dari ‘luar biasa’ menurut perasaan ghururnya. Sebaliknyajuka dia jatuh atau kalah bukan main mendongkolnya. Dia pantang dibantah.

Adapun orang yang tawadhuk memandang segala perangsuran langkah perjalanan itu, ialah kemenangan yang harus dishukuri.

Timbulnya kekuatan menghadapi pekrjaan dan usaha, ialah dari kekuatan keyakinan dan kepercayaan (iman). Lawannya iala tiada peduli dan leah iman.

Inilah sebabnya pemuda zaman sekarang di Eropah kurang beroleh bahagia dan kemenangan dalam pekerjaan, sebab keprcayaannya lemah terhadap orang yang lebih mengerti daripadanya. Tetapi pemuda di Rusia lain, mereka merasa kekurangannya, tetapi insaf serta berusaha, sehingga di dalam pekerjaan tangan dan perburuhan mereka lebih menang dari pemuda Eropah.

Kalau dibandingkan pekerjaan perburuhan halus dengan pertanian, lebih tinggi darjat pekerjaan pertanian, lebih tinggi darjat pekerjaan pertanian. Sebab perputaran mesin dan keadaan tanam-tanaman sejak dari tunas lalau mengarang bunga, lalu menjelmakan buah, semuanya berbekas kepada jiwa pak tani.

Ole sebab mengharapkan bahagia, seharusnya kita menghadapi segala usaha dengan percaya, diadakan hubungan diri dengan pekerjaan hubungan cinta dan persaudaraan,bukan enci dan bosan.

1. Tangga Bahagia Yang Pertama

Tangga bahagia yang pertama, ialah sehingga mana jangka perasaan kelazatan di dalam hidup. Untuk menjelaskan soal ini haruslah lebih dahulu kita beri keterangan dengan suatu kemestian yang tidak boleh dipisah-pisahkan dari manusia, iaitu mereka ketika menghadapi makanan. Kerana makanan adalah keharusan hidup yang pertama.

* Ada manusia yang menghadapi makanan seperti menghadapi barang yang tidak ada rasanya saja, tidak ada lazatnya, meskipun enak rasanya dan maal harganya. Orang ini, ialah orang yang belum mencuba bagaimana rasa lapar. Belum pula merasai bagaimana hajat selera kepada makanan di waktu susah mencarinya.
* Kaum Epicurian, yang makan hanya sekadar untuk hidup saja. Lebih dari jangkaan itu, dia mendongkol dan dipandangnya berlebih-lebihan. (Atau sebagai kaum Suluk Tariqat Naqsyabandi yang di dalam Rabithah 40 hari, makannya hanya ditentukan setakat nasi dan garam, tidak boleh makan daging dan cili).
* Orang yang sangat rakus. Baru saja melihat makanan, belum sampai masuk mulutnya, air seteranya telah titik. Orang ini tidak mahu berhenti makan, sebelum lebih dari kenyang.
* Orang yang mempunyai percernaan sihat dan fikiran waras. Mereka suka kepada makanan, dan makan dengan nafsu yang baik, tetapi sebelum sampai kenyang dia telah berhenti. Dia tidak mengisi perutnya secara berlebihan sampai perutnya gendut.

Orang yang merasa bahagia di dalam hidup, hampir samalah keadaannya dengan orang makan pada pangkat yang keempat ini. Mereka merasa dan mengakui, bahawa makanan itu memang lazat, tetapi mereka tidak mahu memperturutkan kehendak nafsunya lebih dari yang mesti.

Kebahagiaan seorang insan, sangat berhubung dan bersangkutan dengan tarikan hidup. Bertambah kuat tali tarikan itu, bertambah kuat pula pertalian diri dengan bahagia. Yang menyebabkan kebencian kepaa hidup, yang menyebabkan hidup ini tidak menarik hati, ialah kalau tidak tahu rahsia hidup. Manusia yang arif akan erti hidup dengan sedalam-dalamnya, tidak setengah-tengah jalan, sentiasa merasa beruntung merasa beruntung dan tenteram.

Akal adalah alat yang pertama dalam menempuh hidup. Dia ambil segala lukisan lahir yang terbentang di luar, dibawanya masuk ke akalnya. Ketika itu timbullah lazat dan puas. Bekerja dan berusaha dengan tidak mempergunakan akal, dan tidak kuat membawa apa yang di luar ke dalam, ‘fabrik’ akal supaya beroleh bentuk yang special, yang menyebabkan akal menjadi ‘pengangguran’, tumpul. Kecewa datang, bahagia terbang.

Apa yang membawa akal kepada tarikan hidup? Dalam cara bagaimana akal dapat mencari bahan buat diberi bentuk di dalam batin? Ialah dengan jalan menghadapi hidup dan tidak mengutuk hidup. Sebab hilang kekuatan akal itu pada kebanyakan manusia di hari ini, ialah lantaran terikat oleh raam basi (adat-istiadat), etika, yang dibuat oleh kemajuan.

Cubalah bandingkan bagaimana kaum biadab Afrika berburu menjangan atau mejaring ikan, dengan orang kota pergi ke pejabat. Keduanya sama-sama mencari makan, tetapi kelazatan yang dirasai orang biadab itu atas makanan yang didapatinya tiap bulan atau tiap minggu jauh lebih terasa. Sebab orang primitif itu hanya semata-mata mengubati kelaparan, sedang orang kota sudah ditambah oleh keperluan-keperluan lain yang pada hakikatnya tidak perlu.

2. Tangga Kedua

Perasaan hati, salah satu sebab orang merasa miskin atau sunyi dari bahagia, ialah perasaan sendiri, bahawa dia tidak disukai orang.

Kalau ada perasaan bahawa orang suka kepadanya timbullah kekuatan menghadapi kehidupan dan timbul keberanian.

Sebabnya timbul perasaan diri tidak disukai orang, amat banyak. Orang begini mengerjakan suatu pekerjaan bukan lantaran pekerjaan itu wajib dikerjakan, melainkan lantaran mengharapkan penerimaan manusia. Kalau tidak diterima orang, sedihlah hatinya. Kerana manusia itu seluruhnya hanya mahu menerima yang telah jadi saja. Lantaran merasa bahawa orang tidak percaya kepadanya, lalau dia membalas dendamnya kepada segenap masyarakat. Orang-orang beginilah yang kerap mengotorkan sejarah, membuat huru hara, membikin pemberontakan. Kalau dia wartawan, dipergunakan ppenanya untuk mencela memaki orang , menghinakan dan menyesali orang. Ini golongan aktif.

Hidupnya bertanjuran,ertinya kerana orang tidak juga akan memuji kita, lebih baik kita lepaskan apa yang tersenak dalam hati, biar kita dicela – Penyalin.

Adapun golongan yang pasif, kebanyakan tidak mahu mengganggu masyarakat, tetapi diundurkannya dirinya ke belakang. Tidak mahu memperdulikan dunia dan isi dunia. Dia tegak seorang dirinya, dalam dirinya dengan perasaannya kecewa dan taasyum (pesimis), tidak merasa puas dengan segala yang ada. Lantaran dia meminta supaya orang suka memperhatikan dirinya, padahal hubungannya telah diputuskannya dengan luaran, maka dia tidak pernah merasai ketenteraman. Dia tidak berani, terlalu banyak pertimbangan, mundur maju, dan kalau hidup itu dicapai oleh orang lain, dia kembali mengeluh.

Itulah sebabnya kebanyakan penganjur-penganjur bangsa, ahli-ahli politik dan pahlawan-pahlawan pena, pertaliannya dengan hidup itu amat teguh seketika orang masih banyak menghargai buah tangannya. Kalau tidak ada lagi, maka kebanyakan orang ini mengundurkan diri, menjauh dari masyarakat dan sengaja dirinya dilupakan.

Maka kian lama jauhlah dia. Tidak ada orang yang sempat menjemputnya, sebab putaran roda hidup amat cepat.

Sebab itu,haruslah pendidik, terutama ayah bonda mencari tempat mana yang patut dihargai mana yang disayangi dan mana yang patut dipuji buat anaknya yang akan menempuh hidup dengan segenap kesulitannya di belakang hari.

Dalam pada itu Bertrand Russel tidak pula melupakan sebab-sebab yang paling penting, yang menjadi tangga di dalam mencapai bahagia itu, iaitu kesempurnaan rumahtangga. Kata beliau:

3. Yang Ketiga Ialah Rumahtangga

Sejauh manusia hidup, rumahtangga adalah pusat kesenangan dan bahagia. Tetapi sekarang, rumahtangga pulalah yang paling kacau-bilau. Kecintaan di antara ayah dan anak, kian lama kian kering dan kaku. Kelemahan tiap-tiap orang mencari ketenteraman fikiran di dalam rumahtangganya, itulah yang paling membawa kecelakaan masyarakat pada hari ini. Kecelakaan rumahtangga tersebab dari kedaan diri masing-masing, keadaan ekonomi dan pergaulan sehari-hari. Tidak usah kita mengambil keterangan terlalu jauh. Secara pendek saja dapat kita terangkan salah satu sebab yang menimbulkan kerosakan rumahtangga.

Pertama: Lapangan kerja terbuka amat besar bagi kaum perempuan.

Kedua: Perempuan zaman kini sudah mulai bosan memandang rendah melakukan kewajipan-kewajipan yang perlu dalam rumahnya.

Dia hendak bekerja pula, sebab itu rumahtangga tak ubahnya dengan hotel tempat singgah menumpang tidur.

Ada lagi yang terpenting, iaitu masalah kesulitan tempat diam yang sederhana. Sebab kota-kota mulai ramai, orang kampung lari ke kota tidak beroleh rumah tinggal yang layak dan agak cukup dan mengurangi kesenangan fikiran.

Lain dari itu ialah lantaran zaman telah berpindah dari zaman feodal kepada zaman demokrasi. Tetapi kerap melampaui batas. Orang tidak merasa perlu lagi taat kepada yang patut ditaati, sehingga anak pun tidak taat lagi kepada ayahnya. Si ayah tidak lagi akan kewajipan kepada anaknya, dan si anak pun demikian. Lama-lama kuranglah jumlah keturunan, jaranglah kelahiran yang baru. Sebab tidak ada lagi keinginan orang kepada perkahwinan, lantaran mengelakkan tanggungan rumahtangga dan kebebasan pergaulan.

Kemajuan yang sekarang telah sampai di puncaknya, tidaklah akan kekal dan panjang umurnya, bilamana tali berketurunan itu telah mulai genting akan putus. Inilah suatu bahaya yang amat besar yang mengancam masyarakat, yang harus diubati segera. Ialah dengan pendidikan tentang rumahtangga bahagia dan mengaturnya dengan peraturan-peraturan agama.

Perasaan sebagai ibu dan ayah, itulah yang amat banyak menimbulkan bahagia dalam diri. Kalau orang tidak merasainya, dia tidak akan tahu apa sebab dan apa nama kekurangan itu. Supaya bahagia dirasai, apalagi kalau zaman remaja telah mulai lepas, hendaklah kita merasai bahawa kita tidak sendiri di dalam alam ini. Kita ada hubungan dengan masyarakat, ada pertalian dengan orang lain. Pertalian yang dikatakan itu tidak terasa kalau hanya dengan sahabat atau handai taulan. Yang sejati pertalian dengan alam, dengan hidup dan dengan masyarakat, ialah berketurunan, beranak, bercucu. Kalau hidup tidak ada pertalian dengan zaman yang akan datang, nescaya kita bosan dengan hidup. Hidup itu terasa hambar, tidak ada paterinya dengan diri terasa tidak sama sekali pentingnya bagi kita. Kalau ada hubungan kita dengan zaman yang akan datang itu, iaitu anak dan turunan, maka terbentanglah di hadapan kita pengharapan,seagai yang terbentang di mata Nabi Ibrahim ketika dia mengetahui bahawa anak cucunya akan memenuhi bumi.

Jadi menurut Bertrand Russel yang mengalami sendiri kegoncangan hidup moden Eropah: Bahagia itu adalah dalam rumahtangga.

4. Yang Keempat, Apakah Mata Penghidupan Itu Membawa Bahagia Atau Celaka?

Banyak mata penghidupan atau perusahaan itu memenatkan badan memayahkan diri. Tetapi tidak dapat dimungkiri bahawa perusahaan yang ada buahnya, walaupun bagaimana payah mengerjakan, membawa bahagia bagi diri.

Zaman kemajuan ini segala daya upaya mengikhtiarkan bagaimana supaya orang merasai kesenangan dan bahagia di waktu yang lapang, atau di waktu cuti bekerja. Kepayahan yang dirasai orang di zaman moden ini di waktu bekerja, kecil sekali jika dibandingkan dengan kepayahan dan kesudahannya bilamana diam mempergunakan istirehat itu, istirehat lebih susah sekaaang dari bekerja.

Usaha (mata penghidupan) itu ialah jalan manusia mencapai kejayaan. Kalau pekerjaan itu masih lekat dengan diri, selama itulah dia disukai orang, selama itu pula ada harapan perusahaan itu akan membawanya kepada kepayahan. Oleh sebab itu, kalau orang masih yakin dan percaya di dalam megang pekerjaan, selama itu pula dia mempunyai harapan akan mencapai bahagia.

Dua sebab yang boleh menjadikan usaha kita itu menarik hati, iaitu:

* Mahir
* Pandai mencari bentuk baru.

Orang yang mengerjakan suatu pekerjaan dengan sungguh-sungguh, selalu berusaha mempermoden, memperbaharui dan memperindah pekerjaan itu. Di waktu orang masih muda remaja, perasaan ini nyata berlebihan.

Kemahiran dan kesanggupan membuat bentuk baru, sangat sekali menimbulkan bahagia di dalam hati, walaupun hasilnya yang lahir tidak kelihatan pada waktu itu juga.

Seorang ahli politi yang pernah menjadi menteri dalam pemerintahan, bila telah tua, sangatlah bahagia hatinya melihat hasil pekerjaannya dahulu itu. Tetapi di kalangan ahli seni ada yang cepat putus asa. Sebab itu kalau orang ini tidak beroleh sukses di dalam pekerjaannya, ramai di antara meraka yang mengundurkan diri dan memencil.

Kebahagiaan seorang pengarang ialah mahir mengatur bahasa dan pandai mencari teknik yang baru dari kerangannya atau surat-khabarnya. Tetapi pada zaman kita kaum wartawan itu banyak yang tidak merasa bahagia, lantaran kebanyakan orang menerbitkan surat khabar tidak didasarkan suatu cita-cita, tetapi untuk mencari wang. Sebab itu mereka tidak dapat memuaskan kemahirandan teknik atau bentuk yang baru, sebab takut akan merugikan perusahaan majikan, yang menyebabkan hilangnya sesuap nasi. Sebab itu kebanyakan mereka menulis hal yang tidak sesuai dengan perasaan hati sendiri, hanya laksana mesin saja, menghasilkan tulisan dan menerima gaji tiap bulan. Lain dari ini… masa bodoh! (jangan hiraukan).

Orang yanghidupnya hanya untuk mencari sesuap nasi, bukan kerana kesenangan mengerjakan pekerjaan, amat sukarlah merasai bahagia, tetapi kian lama kian mundur tenaganya, dan kian kecewa hatinya.

5. Kebahagiaan Dicapai Dengan Berjihad Dan Berjuang.

Yang kelima, kebahagiaan itu bukanlah anugerah Allah yang dapat diterima dengan mudah saja. Yang selalu kejadian, ialah bahawa mencapai bahagia ialah setelah berjihad, berjuang.

Tiap-tiap manusia berjuang. Semangat berjuang lebih kelihatan dimiliki oleh bangsa Barat, dan kurang sekali pada kalangan Timur. Terutama udara dan pergaulan Barat menyebabkan ‘kerja lebih disukai orang daripada malas. Itulah sebabnya maka berbezapandangan Barat dengan Timur dalam perkara mencapai bahagia. Bagi Timur dengan berdiam diri dan bermenung, bersemedi dan suluk, dianggap bahagia. Tetapi bagi Barat bermenung atau menyerah saja, tiadakan dapat menghasilkan bahagia.

Bangsa Barat tidak hendak mencukupkan keprluan sekadar yang perlu tiap-tiap hari saja, tetapi menghendaki lebih dari itu. Kerana usaha yang berhasil (sukses) itulah kebahagiaan yang sebenarnya bagi mereka. Cuma sayang pada masa yang akhir-akhir ini kebahagiaan itu telah diukur orang dengan ukuran materi, kebendaan.

Disinilah keteledoran bangsa Barat. Akibat lebih mementingkan kehidupan materi, mereka lupa pada rohani. Akibat mementingkan kebahagiaan diri, mereka lupa pada orang lain di luar dirinya. Termasuk hubungan suami isteri menjadi kendur. Bila hubungan suami isteri rosak, yang menjadi korban tiada lain ialah anak-anak.

Kalau ini diingat dan diinsafkan kembali oleh bangsa Barat, bahawa kemenangan atau kekayaan dan penghasilan yang mereka pendapat dalam perjuangan hidup ialah buat keberuntungan anak dan turunan di belakang hari, haruslah mereka perbaiki kembali hubungan suami isteri itu.

Sebaliknya dengan Timur, mereka belum banyak memikirkan apa erti perjuangan. Itulah sebabnya kemajuan masih sangat jauh dari bangsa Timur.

Manusia berkehendak kepada kekuatan. Ada orang yang menggunakan kekuatan untuk memelihara diri sendiri, dan ada yang menggunakan kekuatan buat menguasai dan mempengaruhi orang lain, atau digunakan untuk mengubah aturan yang pincang dalam masyarakat, maka semua kekuatan itu tidak diiringi oleh perjuangan.

Orang yang tidak merasa perlu ada kekuatan, bererti sudi enghadapi perjuangan. Orang ini tergolong orang yang tidak bertanggungjawab. Saya kritik bangsa Barat yang pada masa akhir-akhir ini hendak meniru “Kebijaksanaan Timur”, menyingkirkan perjuangan, hanya hendak tenteram dalam diri sendiri. Padahal orang Timur sendiri sudah mulai membenci “Kebinaksanaan” itu.

Sekian
by: Bertrand Russel.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Adbox

@diannafi